Pengembangan profil syarikat bergantung secara langsung pada sama ada organisasi mempunyai identiti korporat sendiri atau sama ada ia mesti dibuat terlebih dahulu. Dalam kes kedua, syarikat akan dikenakan bayaran yang lebih tinggi, dan pesanan akan memakan masa lebih lama.
Samada syarikat hendak menggunakan file diatas talian sahaja atau syarikat ingin mencetaknya. Dalam kebanyakkan situasi, kami membuat rekabentuk untuk tujuan percetakan dan juga pdf view sahaja. Ada juga syarikat yang ingin memasukkan link profil syarikat di dalam laman web mereka.
Siapakah audien sasaran syarikat. Contohnya, adakah syarikat ingin membuat profil syarikat khusus untuk menghantarnya kepada agensi kerajaan atau ianya untuk bakal klien mereka. Ini penting untuk kami memberi beberapa saranan seperti penggunaan bahasa dan gaya rekaan yang bersesuaian.
Ia Berfungsi Sebagai Alat Pemasaran Hebat
Profil syarikat yang berkualiti boleh mengundang tanggapan pertama yang menyenangkan. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada anda, tetapi ia juga memudahkan bakal pelanggan anda untuk mendapatkan semua maklumat yang mereka perlukan, semuanya di satu tempat.
Membantu Syarikat Anda Menonjol
Sebuah syarikat dengan profil korporatnya sendiri sememangnya boleh menonjol lebih daripada syarikat yang tidak ada profil syarikat. Ini kerana, melalui profil syarikat, anda boleh menyampaikan banyak maklumat dan jaminan bahawa anda boleh memenuhi keperluan pelanggan anda.
Bina Kesedaran Jenama dan Kredibiliti
Di tengah-tengah dunia perniagaan yang kompetitif, jenama anda mesti menonjol. Satu cara untuk mempromosikan jenama anda kepada orang ramai ialah dengan mencipta profil syarikat. Profil syarikat anda berguna dari segi berkongsi cerita jenama hebat anda kepada bakal pelanggan anda.
Berikan Idea tentang Produk dan Perkhidmatan Anda
Profil syarikat adalah penting kerana ia memberi anda peluang untuk memberitahu pelanggan anda tentang perniagaan anda; produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
1. UNTUK MENARIK PROSPEK
Profil syarikat dapat menyakinkan prospek anda untuk membuat tindakan seperti membuat pembelian.
2. RUJUKAN
Syarikat anda juga perlu menyimpan profil syarikat sebagai rujukan ataupun untuk diberikan kepada staf agar mereka memahami perjalanan perniagaan anda.
3. MENGHANTAR TENDER
Tender kerajaan ataupun swasta memerlukan profil syarikat sebagai syarat dalam penilaian tender.
4. UNTUK SHAREHOLDER
Jika anda adalah syarikat Sdn Bhd, profil syarikat boleh diberikan kepada pelabur-pelabur atau bakal pelabur untuk menunjukkan performance syarikat anda
5. MEMOHON GERAN KERAJAAN
Salah satu senarai wajib adalah mengemukakan profil syarikat.
6. MEMOHON PINJAMAN BANK
Biasanya bila anda ingin memohon pinjaman bank, mereka perlukan profil syarikat anda.
Kami berpengalaman membina konten untuk pelbagai jenis perniagaan. Kami akan buat research terlebih dahulu agar konten yang akan dihasilkan adalah sesuai dengan niche perniagaan anda.
* Kami hanya menawarkan servis design sahaja tidak termasuk printing
File: Pdf & Adobe Illustrator
MOST POPULAR
File: Pdf & Adobe Illustrator
File: Pdf & Adobe Illustrator
Kami Team Denai Art sudah berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyediakan PROFIL SYARIKAT untuk klien-klien kami dari pelbagai bidang industri. Kami sedia membantu anda menyediakan PROFIL SYARIKAT yang efektif yang akan memberi pulangan yang menguntungkan dan meningkatkan reputasi, jenama & keberadaan syarikat anda di dalam pasaran.
Kami akan bagi form untuk anda isikan mengikut pakej yang anda ambil. Anda hanya perlu isikan form dengan ayat yang mudah utk kami faham tentang bisnes anda. Ayat yang sempurna kami akan buat.
Design mengambil masa 5 hingga 7 hari bekerja setelah kami menerima bayaran deposit dan maklumat yang diperlukan.
TIDAK.. Setiap hasil kerja design kami adalah custom bermakna anda akan mendapat design yang berbeza daripada klien-klien kami sebelum ini. Design adalah mengikut imej korporat perniagaan anda.
Biasanya klien dibenarkan untuk membuat perubahan minor tidak lebih dari 5 kali.
Maaf, kami hanya mengambil tempahan design sahaja. Kami akan bagi file dalam bentuk pdf dan adobe illustrator bila kerja-kerja design selesai.
Ya, jika design telah siap sepenuhnya dan kami pun telah menerima bayaran penuh, apa-apa update untuk design berkenaan akan dikenakan bayaran lain. Kami mungkin akan mengenakan minimum charge mengikut helaian yang ingin di edit.
Deposit 60% daripada nilaian bayaran akan dikenakan sebelum design bermula dan 40% setelah design selesai sebelum file akhir diserahkan.